Merbok Survival Camp ada menyediakan serba sedikit tentang ilmu-ilmu Perubatan Melayu yang telah dipraktikan pada zaman dahulu kala.Antara penyakit-penyakit yang sesuai dengan ilmu Perubatan Melayu adalah seperti:
1.Buasir
Bahan-bahan:
-Getah Daun Susu Nabi
-Gula Merah
*******Daun Susu NaBi*******
Caranya:
Getah Susu Nabi dicampur dengan gula merah dan diminum airnya.
2.Untuk Tenaga Lelaki
Bahan-bahan:
-Pokok Tunjuk Langit
-Air Hujan Malam Jumaat.
*******Pokok Tunjuk Langit*******
Caranya:
Pokok direbus dan airnya diminum setiap pagi dan malam. Sebaik nya mengunakan periuk tanah.
3.Bisul,Percut,Risa (Bengkak)
Bahan-bahan:
-Daun Naga Buana
-Garam jantan
*******Daun Naga Buana*******
Caranya:Daun nagabuana ditumbuk dengan garam jantan dan ditampal pada tempat bengkak.
Insyaallah akan sembuh.
Terdapat pelbagai lagi ilmu-ilmu atau petua-petua Perubatan Melayu sekiranya para pelanggan menyertai program di Merbok Survival Camp.
No comments:
Post a Comment