Tuesday, August 10, 2010

Latar Belakang Kem

Merbok Survival Ventures merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan berasaskan rekseasi. Memiliki sebuah kem latihan sendiri yang di berinama Merbok Survival Camp di Merbok Kedah.Dengan kepakaran jurulatih yang berpengalaman didalam bidang rekreasi dan terdiri daripada bekas anggota pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia. Sudah pastilah kepuasan percutian dan aktiviti yang di lakukan dapat di rasai dan di nikmati oleh para tetamu yang menggunakan perkhidmatan kami ini.


Merbok Survival Camp


Tapak Latihan


Pondok Survival

Selain daripada aktiviti kem latihan dan rekreasi, pihak kami juga menjalan kan program-program motivasi, Survival kem, program lawatan, hari keluarga, Team Building, pakej memancing, berkayak di Sungai Merbok dan Sungai Sedim,Whitewater Rafting, mendaki Gunung Bintang dan Gunung Jerai, berakit di Sungai Merbok, mengelilingi Pulau Bidan. Pulau Telor, Pulau Songsong dan Pulau Bunting, aktiviti Snookling ,memancing, menyusuri boat di sungai Merbok serta lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Museum Arkeology,Tapak Candi, Masjid Lama Pengkalan Kakap,Makam Sultan Muzafar Shah dan tinggalan sejarah,Tapak Tsunami,Kubu Kota lama, tempat pendaratan ikan nelayan setempat, pusat pengeluaran produk IKS tempatan dan lain-lain.

Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan jurulatih bergerak dengan kelengkapan latihan kemana sahaja kem-kem atau kawasan latihan yang di kehendaki oleh pelangan kami.

"""MOBILE TRAINING & FULL EQUIPMENT"""

No comments:

Post a Comment