Thursday, July 29, 2010

Perubatan As Syifa'

Para Pelatih juga akan diajar kaedah-kaedah perubatan didalam Islam yang boleh dikongsi bersama.Antaranya ialah:

1.Penawar Sengatan Bisa
Kaedah:
-Surah Al-Kafirun
-Surah Al-Falak
-Surah An-Nas
Diambil air dan dicampur dengan garam jantan, dibaca surah tersebut dan dihembus ke dalam air dan dijirus pada tempat sengatan serta boleh diminum.
*Bacaan diulang sebanyak 3 kali

2.Berhenti Darah
-Surah Yaasin ayat 38
Dibaca ayat tersebut sambil menekan tempat luka atau urat darah besar
Sekiranya tidak sembuh,perbetulkan bacaan dan diulang sebanyak 3 kali

3.Demam Campak
-Surah Al Ummul Kitab
-Selawat As Syifa'
-Surah Al-Hasyr - ayat 21-24
Dibaca dan dihembus dalam air kelapa, dan disapu keseluruh badan serta diminum
Sekiranya tidak sembuh,perbetulkan bacaan dan diulang sebanyak 3 kali

*Sesunguhnya penyembuhan segala penyakit itu adalah dari Allah.Manusia hanya perlu yakin dan terus berusaha.

Perubatan Melayu

Merbok Survival Camp ada menyediakan serba sedikit tentang ilmu-ilmu Perubatan Melayu yang telah dipraktikan pada zaman dahulu kala.Antara penyakit-penyakit yang sesuai dengan ilmu Perubatan Melayu adalah seperti:

1.Buasir
Bahan-bahan:
-Getah Daun Susu Nabi
-Gula Merah



*******Daun Susu NaBi*******
Caranya:
Getah Susu Nabi dicampur dengan gula merah dan diminum airnya.

2.Untuk Tenaga Lelaki

Bahan-bahan:
-Pokok Tunjuk Langit
-Air Hujan Malam Jumaat.

*******Pokok Tunjuk Langit*******

Caranya:
Pokok direbus dan airnya diminum setiap pagi dan malam. Sebaik nya mengunakan periuk tanah.


3.Bisul,Percut,Risa (Bengkak)

Bahan-bahan:
-Daun Naga Buana
-Garam jantan



*******Daun Naga Buana*******

Caranya:Daun nagabuana ditumbuk dengan garam jantan dan ditampal pada tempat bengkak.
Insyaallah akan sembuh.


Terdapat pelbagai lagi ilmu-ilmu atau petua-petua Perubatan Melayu sekiranya para pelanggan menyertai program di Merbok Survival Camp.